Khamis, 22 Ogos 2013

ALAT PENJAGAAN KECANTIKAN LASER

ALATAN PENJAGAAN KECANTIKAN LASER 
  • 1.Berdasarkan kriteria dari segi keselamatan sinaran, pengelasan peralatan, permintaan dan panduan pengguna, set penjagaan kesihatan ini tergolong dalam kelas 3A. Sinaran yang dikeluarkan oleh alat laser adalah sinaran cahaya merah (<5mw). Disebabkan oleh tindak balas mata mengelak daripada cahaya (termasuk mengelipkan mata), ia memberi perlindungan kepada mata. Alatan Penjagaan Kesihatan Laser ini terdiri daripada badannya dan juga tiga kepala yang mempunyai kegunaan yang berasingan ( 4. kepala mengurut 7 titik, 5. kepala mengurut yang rata dan pelbagai, 6. kepala rawatan dan urutan jarum laser)
  • 2. Membuka kepala mengurut 2, Alatan Penjagaan Kesihatan Laser mempunyai kesan mengurut. Sekiranya Alatan Penjagaan Kesihatan ditekan dengan kuat, ia akan bergegar, dan memberi kesan mengurut yang sama.
  • 3. Alatan Penjagaan Kesihatan Akupunktur Laser Pelbagai Kegunaan ini mempunyai tiga mod iaitu: tutup, sambungan dan nadi. Ketiga-tiga mod ini dikawal oleh suis laser.
  • 4. Petunjuk bagi produk laser ini. Produk ini tergolong dalam kelas 3A sinaran keselamatan laser, jangan pancarkan alatan laser ini sacara terus kepada mata.
  • Penggunaan :

    A. Prinsip Penggunaan

    1) Sainitis dari luar atau dalam negara telah mengkaji dan membuktikan bahawa: Rawatan akupunktur laser berdasarkan teori perubatan traditional akupunktur, pada dasarnya kesan biologikalnya mematuhi petunjuk prinsip perubatan traditional. Oleh sebab itu, ciri-ciri uinknya tidak sama dengan rangsangan biologi laser yang biasa.

    • a. Apabila dipancarkan dengan sinaran laser, pusat sensitif yang dirangsangkan oleh pusat akupunktur mempunyai sifat yang tetap dan berulang, kebanyakannya adalah serupa dengan pusat akupunktur.
    • b. Pada asalnya, garisan yang menyambungkan pusat sensitif mengikut laluan meridian traditional, lebih cetek, dapat dihentikan dengan menggunakan tekanan yang kecil (2-3mm/Hg). Selepas melepaskan tekanan dan sekali lagi menggunakan laser memancar padanya, kemunculan semula akan berlaku.
    • c. Rangsangan adalah dipindah dalam dua hala, dan boleh disiarkan.
    • d. Garisan meridian yang sensitif adalah berkaitan dengan penyakit organ seseorang, seperti orang yang berpenyakit gastrik mempunyai garisan meridian gastrik yang lebih sensitif. Manakala, pesakit yang mempunyai penyakit hati akan mempunyai garisan meridian hati yang lebih sensitif.
    2) Alatan laser mempunyai kesan dalam meningkatkan imuniti pertahanan badan.

    Kesan dalam membantu imuniti pertahanan badan. Dalam bidang perubatan traditional, ia digelar sebagai “kesan menghapuskan faktor-faktor negatif ”, merupakan salah satu prinsip akupunktur laser dan rawatan akupunktur traditional. Kajian membuktikan bahawa akupunktur boleh merangsang badan untuk menghasilkan kesan imuniti pertahanan. Jadi, ia boleh melawan keradangan, melegakan kepanasan badan, membantu dalam memulihkan kecederaan, dan juga boleh digunakan untuk menyelaraskan ketidakseimbangan rangkaian imuniti pesakit, meninggikan stamina, mempercepatkan pemulihan daripada penyakit yang berkenaan.

    Semasa rawatan klinikal, kami menjumlahkan seratus dua puluh kes asma yang ingin menerima rawatan akupunktur laser. Berdasarkan teori perubatan tradisional, pusat akupunktur Tiantu, Danzhong, Dingchuan dan sebagainya diambil dan secara amnya kesan rawatan yang nyata diperolehi. Dengan menguji petunjuk imuniti semasa dan selepas rawatan, kita dapati bahawa nilai imuniti dalam badan menunjukkan peningkatan yang nyata.

    3) Kesan akupunktur laser dalam menyelaraskan fungsi badan

    Prinsip akupunktur laser dan akupunktur tranditional dalam penyelarasan fungsi badan adalah serupa. Melalui kajian yang dijalankan ke atas haiwan dan manusia, adalah terbukti bahawa ia bertindak melalui sistem saraf autonomi, media, dan sistem tindak balas darah. Kajian menunjukkan ia berkesan dalam menyelaraskan fungsi sistem peredaran darah, sistem pencernaan dan sistem endokrin.

    4) Berkesan dalam menyelaraskan peredaran darah otak

    Bagi pesakit yang menghidap penyakit saluran darah otak ataupun tidak, akupunktur laser memancarkan sinaran pada pusat akupunktur yang tertentu seperti Baihe, Yintang, Hegu, Zusanli, Taichong dan sebagainya, ini boleh menyelaraskan peredaran darah otak, memperbaiki pengaliran darah dan berkesan dalam merawat penyakit.

    5) Akupunktur Laser yang memancarkan sinaran pada pusat akupunktur dapat menyelaraskan fungsi endokrin.

    Sebenarnya sinaran yang digunakan dalam akupunktur laser untuk rawatan merupakan laser yang bertenaga rendah (juga dikenali sebagai laser lemah). Ia sejenis rawatan yang digunakan untuk merawat pelbagai penyakit fungsian. Ia merupakan rawatan yang unik di negara kita kerana ia berdasarkan teori perubatan traditional Cina. Justeru itu, ia mendapat sambutan yang hangat daripada orang Cina di Asia Tenggara dan penduduk-penduduk lain dari serata pelosok dunia.
  • Cara Operasi :

    Perkara penting yang perlu ditekankan dalam rawatan ialah menentukan pusat yang tetap terlebih dahulu, lokasikan pusat dan seterusnya mengekalkan jarak dan meninggikan sinaran pada bahagian yang disinar.Pada masa yang sama, gunakan prinsip perubatan traditional “tambah sekiranya berkurang, singkir sekiranya terlebih”. Penggunaan dos dan kekuatan perangsangan laser dengan sesuai dan tepat. Gunakan perangsangan yang perlahan untuk tujuan penambahan, manakala perangsangan yang kuat (laser nadi) untuk tujuan penyingkiran. Jadi penyelarasan laser berterusan atau nadi laser serta pembahagian masa adalah amat penting.
  • Kebaikan Alat Rawatan Akupunktur Laser:

    Menjimatkan masa, tidak menyebabkan kesakitan, tiada bakteria, tidak menyebabkan pengerakan otot-otot, mudah digunakan, selamat, kekuatannya boleh diselaraskan, skop penggunaan yang luas, tiada sebarang kesan sampingan, kecil dan mudah dibawa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan